- BAHASA MALAYSIA -
Tanyalah Doktor!

Anda mempunyai soalan berkenaan menopos? Hantaran kepada kami di Persatuan Menopos Malaysia dan kami akan sediakan jawapannya! ! Pakar kami untuk bulan ini adalah Dr Ho Choon Moy, Presiden MMS.

Saya ingin mengetahui lebih mengenai menopos kerana saya mensyaki ibu saya yang berusia 55 tahun sedang mengalaminya. Dia selalu bersedih, susah tidur, jengkel, tidak suka bergaul seperti dulu, dan mengalami simptom-simptom lain. Saya berharap MMS boleh membantu dengan menjawab soalan berikut:

  1. Bagaimana saya boleh membantu ibu?
  2. Apa simptom menopos yang lain?
  3. Bagaimana dia boleh mengelakkan simptom untuk kurangkan penderitaannya?

— Nurul Othman


J1
Anda boleh membantu dengan mempelajari lebih mengenai menopos. Sila rujuk kepada isu Okt-Dis Berita Menopos, mukasurat 26-27, untuk mendapatkan maklumat mengenai menopos. Dalam isu ini, bacalah “Bersedia untuk menopos” yang memberi panduan untuk menyediakan diri untuk menghadapi menopos dengan kurang penderitaan. Bawalah ibu anda ke aktiviti MMS, terutamanya semasa ceramah oleh pakar kesihatan. Jika ibu anda tidak dapat menghadiri kerana dia menetap jauh dari ibukota, anda masih boleh memperolehi maklumat mengenai menopos daripada laman web dan Berita Menopos kami. Jika haid ibu anda tidak menentu, bawalah beliau jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Amalkan kehidupan seperti dahulu dengan bersenam, mengambil pemakanan yang sihat dan berfikiran positif.

 

J2 Setiap wanita mengalami pengalaman menopos yang berlainan. Seseorang mungkin mengalami semua simptom atau sedikit sahaja. Simptomnya mungkin ringan atau teruk atau boleh tahan. Simptom yang biasa termasuk panas rimas, peluh malam, lenguh-lenguh, kulit dan faraj yang kering, kurang bernafsu, lemah kawalan kencing, kekurangan tenaga, kelesuan, jantung berdenyut, kemurungan dan mudah lupa.

 

J3  Doktor akan mengesyorkan beberapa jenis rawatan yang didapati di pasaran dan membantunya memilih yang paling sesuai. Sesetengah wanita memilih Rawatan Penggantian Hormon jika mereka baru mengalami menopos. Terdapat juga rawatan alternative seperti tibolone, kohosh hitam, St John’s wort, klover merah dan lain-lain. Ibu anda akan mendapat manfaat daripada bergaul dengan wanita lain yang mengalami menopos. Walaupun menopos adalah sebahagian hidup, ia boleh menjadi suatu era yang menyeronokkan. (Baca kisah benar dalam isu lalu dalam artikel “Era pos menopos yang gembira”).

 

Jika seseorang itu telah menopos, bolehkah mereka datang haid semula sedangkan usianya telah menjangkau akhir 60an. Sekiranya tidak, adakah darah yang keluar itu darah penyakit?

— Norlia Salleh


J
Menopos berlaku apabila seseorang wanita tidak datang haid selama satu tahun. Biasanya ini berlaku di persekitaran usia 45 ke 55.

Seseorang wanita yang telah menopos tidak sepatutnya mengalami pendarahan di faraj terutamanya jika beliau sudah menjangkau usia 60an. Ini dinamakan pendarahan pos-menopos dan boleh disebabkan beberapa factor, seperti vaginitis atrophic atau cervicitis (faraj yang kering disebabkan kekurangan estrogen boleh menyebabkan pendarahan di dinding faraj dan serviks dan lebih mudah mendapat jangkitan), endometrial hyperplasia, kanser rahim, kanser serviks, tumor yang mengeluarkan hormone, pemakanan hormone secara tidak diketahui melalui perubatan farmasi dan lain-lain.


Hantarkan soalan anda kepada:
Ask The Doctor/Berita Menopos
33, Jalan Bukit Segar 7,
Bukit Segar, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
ATAU hantarkan emel kepada:
drhochoonmoy@yahoo.com




 
 
 
Copyright @ 2006 - 2009 Malaysian Menopause Society