Seperti sambutan Hari Menopos Sedunia tahun-tahun lalu yang dianjur MMS, sambutan tahun ini yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang (dulu dikenali sebagai Hotel Sheraton Subang), disambut dengan meriah sekali dengan peserta melebihi 500 orang!
|
Seawal pukul 9 am, sekumpulan wanita sudah pun berkumpul untuk berdaftar dan mengambil beg goodie mereka. Sebaik
sahaja mereka sudah mendaftar, mereka bergegas untuk melawat pelbagai booth yang menawarkan informasi produk dan perkhidmatan berkaitan kesihatan, kewangan, kesejahteraan, seni kraftangan dan lain-lain.

Booth yang paling popular termasuk yang menawarkan ujian kepadatan tulang, pad lemah kawalan air kencing, vaksin
kanser cerviks, rawatan parut, rawatan menopos dan lain lagi.
Booth MMS juga mendapat sambutan hangat, dengan pelbagai pertanyaan berkenaan aktiviti akan datang, untuk mendaftar sebagai ahli baru atau memperbaharui keahlian yang telah luput. Seramai 58 orang yang mendaftar diri sebagai ahli baru, tanda bahawa usaha giat jawatankuasa baru sudah mula mendatangkan hasil.

TForum awam di mana dewan dipenuhi sehingga hujung acara disusun dengan topik menarik seperti kesihatan seksual, rawatan alternative untuk menopos, kanser serviks, masalah jantung dan lain-lain. Penceramah termasuk presiden-presiden mantan MMS seperti Dr Ong Hean Choon dan Dr Liew Fah Onn, serta presiden MMS masa kini Dr Ho Choon Moy.

Tumpuan utama acara seharian itu ialah Pertunjukan Fesyen MMS, di mana 8 ahli MMS yang bertuah diberi ‘makeover’ pakaian serta kecantikan sebelum memperagakan baju cantik di atas pentas. Kisah mereka yang menyentuh hati serta penampilan mereka yang penuh keyakinan membuktikan bahawa menopos tidak semestinya fasa peralihan hidup yang menggerunkan!

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan kepada Dr Liew Fah Onn, pengerusi anjuran sambutan Hari Menopos Sedunia 2009, dan ahli jawatankuasa bertugas di Hospital Assunta, Propharm dan Unam yang telah bertungkus
lumus selama 6 bulan yang lalu untuk menjayakan acara ini. MMS juga berbesar hati dengan penganjur serta penganjur
pameran booth kerana sokongan padu yang diberi.