Persidangan Kesihatan Seksual Kebangsaan Ketiga yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Baru, dari 15-16 Oktober 2009 menerima sambutan hangat daripada masyarakat umum serta ahli professional kesihatan dari seluruh negara yang bertemu untuk mempelajari lebih mengenai isu-isu kesihatan seksual daripada pakar-pakar.
|
Dianjurkan bersama Jabatan Perubatan Keluarga Universiti
Sains Malaysia, Persatuan Kesihatan Kelurga USM (FAMOUS)
serta Persatuan Menopos Malaysia (MMS), persidangan tahun
ini bertemakan ‘Khas Untuk Lelaki’, memandangkan kebanyakan
kaum adam kurang prihatin terhadap isu kesihatan. Tetapi
sebut sahaja kesihatan seksual, kaum lelaki pasti tertarik!
Forum awam yang diadakan pada 15 Okt dihadiri lebih kurang 200 peserta sementara seminar perubatan yang diadakan untuk kedua hari dihadiri hampir 250 ahli professional
kesihatan dalam pelbagai bidang. Acara tersebut dirasmikan
oleh Pengarah LPPKN Dr Norliza Binti Ahmad yang mewakili
Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Topik yang dibincangkan pada forum awam termasuk
kesihatan jantung, kepentingan saringan kesihatan untuk
lelaki, sistem reproduktif lelaki, masalah kesihatan seksual, pengurusan bijak stress dan kemarahan.
Peserta pada forum awam begitu seronok dengan setiap
ceramah bukan sahaja topik-topik yang menarik tetapi kerana
gaya penyampaian yang mantap tetapi lucu. Perkataan
perubatan menjadi semakin rumit apabila dituturkan dalam
loghat Kelantan, menjadikan setiap ceramah begitu riuh
dengan gelak ketawa!
Seminar Continuing Medical Education (CME) yang diadakan
dalam Bahasa Inggeris membincangkan topic-topik yang sama
dengan lebih mendalam, dengan tambahan topic lain seperti
penyakit prostate dan kanser, sindrom metabolik dalam lelaki, kekurangan androgen dalam lelaki, penggunaan herba dalam
kesihatan lelaki, penyakit kelamin, HIV, isu-isu penukaran
jantina serta kesihatan seksual warga emas.
Penceramah yang mewakili MMS termasuk Presiden mantan
Prof Dato Dr Nik Nasri Nik Ismail, yang membincangkan fungsi
HRT dalam rawatan menopos. Naib Presiden MMS, Profesor Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain memberi ceramah mengenai “Menopos: Apakah lelaki harus memahami”.
Di antara ceramah, pihak peserta melawati booth syarikat farmaseutikal dan menjalankan penyaringan kesihatan
percuma yang diadakan oleh ahli perubatan FAMOUS.