- BAHASA MALAYSIA -
MMS Berjalan Demi Kesihatan 2009

Oleh Puan Jagjeet Singh (Puan J)

Pagi Ahad yang indah dan dingin menemui 22 peserta pada 11 Oktober 2009 apabila mereka bertemu selepas subuh di Taman Riadah Taman Tun untuk MMS Berjalan Demi Kesihatan 2009, aktiviti fizikal yang pertama yang dianjurkan oleh jawatankuasa baru MMS.

Lagu popular Beautiful Sunday nyanyian Daniel Boone yang boleh dikedengaran dari jauh menarik perhatian pejalan kaki dan ahli jogging ke tapak yang sudah mula sibuk dan meriah dengan senaman dan tarian. Kicauan burung dan bunyi nyanyian burung lark menambahkan keindahan suasana sementara peserta bersiap untuk memulakan acara.

Perjalanan pagi itu diketuai oleh penganjur Mrs J dan bermula dengan sesi memanaskan badan termasuk melonggarkan sendi, senaman kardio dan meranggangkan badan seperti pergerakan tarian dan senaman jazz untuk senaman yang menyeluruh. Sesi memanaskan badan ini menjadi persediaan untuk perjalanan laju mengelilingi tasik serta perjalanan menaiki cerun.

Ahli MMS mesra bergaul dengan ahli masyarakat lain yang mengamalkan berjalan kaki setiap hari Ahad sebagai aktiviti mingguan mereka. Gelang Nike yang dipakai pada tangan kanan ahli MMS menjadi tanda keistimewaan yang membezakan mereka daripada yang lain.

Juru kamera, Daniel, kelihatan sibuk mengambil gambar ahli-ahli untuk disiarkan di laman web MMS serta Berita Menopos yang semakin popular.

Selepas aktiviti berjalan itu, semua peserta dibelanja sarapan pagi yang menyelarakan termasuk air mineral, thosai rawa (thosai yang masak dengan bawang merah yang dihiris halus, lobak merah dan lain-lain), kari ayam dan paratel daging (kari kering), ikan tenggiri goreng, sambal udang, Milo ais atau teh halia di Kana Curry House di Petaling Jaya. Walaupun restauran itu terletak jauh daripada taman riadah, semua peserta dalam 10 buah kereta sampai seperti yang dijanjikan pada pukul 8.15 pagi, lapar dan bersemangat menggantikan kalori yang telah digunakan semasa senaman!

Hadiah-hadiah dan sarapan yang lumayan adalah anjuran syarikat farmaseutical Bayer Schering dan MSD serta Hospital Pantai Cheras. Maklamat aktiviti itu adalah untuk memupuk gaya hidup sihat terutamanya pada usia emas apabila berat badan sering meningkat disebabkan penurunan kadar metabolik dan akiviti fizikal.

Jika anda tertinggal aktiviti ini, jangan risau. Sertailah aktiviti seronok yang bakal diadakan yang melibatkan pergerakan fizikal di Akan Datang (Mukasurat 44)!




 
 
 
Copyright @ 2006 - 2009 Malaysian Menopause Society