Swapneela Jacob
Pakar fisioterapi, Jabatan Kesihatan Wanita
Pusat Fisioterapi dan Pemulihan Masterskill
Inkontinens ialah kegagalan mengawal kencing apabila terdapat tekanan pada abdomen wanita semasa mereka ketawa, bersin, batuk, bersenam atau mengangkat barangan yang berat. Ia suatu penyakit yang menyerang secara senyap dan menyusahkan, menghalang wanita dari menikmati pelbagai aktiviti dan rutin harian. Ia membuatkan mereka merasa malu dan rendah diri, mengakibatkan tekanan emosi dan menjejaskan kualiti hidup mereka.
|
Inkontinen tekanan berpunca dari kelemahan otot lantai pelvik (PFM) iaitu kantung otot yang mengawal pundi kencing, faraj dan dubur dalam tubuh wanita. Keadaan ini lazimnya berlaku pada wanita yang mengalami kesan dari penurunan estrogen (semasa menopos). Ia menjadi lebih teruk jika terdapat sejarah melahirkan bayi, melahirkan beberapa orang anak, kesukaran bersalin, bersalin dengan bantuan peralatan atau masalah semasa bersalin.
WHO menganggarkan lebih kurang 10% wanita menderita masalah yang menjejaskan hubungan sosial ini. Kajian
menunjukkan Malaysia mempunyai bilangan kedua tertinggi bagi wanita yang mengalami inkontinens tekanan selepas
melahirkan bayi (bersalin). Perangkaan ini mungkin lebih tinggi memandangkan ramai wanita tidak melaporkan
masalah tersebut kerana malu untuk berbincang tentangnya dan juga merasakan tiada apa yang dapat dilakukan untuk
mengatasinya.
Inkontinens tekanan dialami:
- Sewaktu hamil
- Selepas bersalin
- Selepas pembedahan histerektomi
- Sewaktu menopos
- Mereka yang obes
- Mereka yang mengalami sembelit
- Perokok tegar
- Pengidap diabetis atau sedang mengambil ubat tertentu seperti ubat hipertensi.
- Wanita yang mengalami rahim yang terkeluar
Memperkuatkan otot lantai pelvik
Kebanyakan wanita tidak mengetahui ada kaedah rawatan untuk masalah ini dan mereka menderita dalam senyap kerana beranggapan ia suatu proses biasa penuaan. Fisioterapi BAHASA MALAYSIA adalah rawatan utama untuk inkontinens tekanan. Selama ini, prosedur pembedahan telah digunakan untuk merawat inkontinens tekanan tanpa mengamalkan fisioterapi tetapi hasil pembedahan tidak selalunya positif dengan kadar kejayaan yang rendah iaitu 50% - 60% dengan kemungkinan komplikasi yang membahayakan.
Fisioterapi kini dicadang sebagai kaedah
rawatan pertama yang perlu dilakukan kerana ia tanpa risiko , mudah dan senang dilakukan. Matlamat utama bagi rawatan fisioterapi ialah pemulihan otot lantai pelvik. Ini termasuk:
- Senaman lantai pelvik
- Stimulasi eletrik secara beransur-ansur pada otot lantai pelvik dan tisu otot
- Senaman –— Perineometer
- Memperkuatkan otot lantai pelvik menggunakan alat penimbang dan kon faraj
Rawatan bertujuan untuk meningkatkan tekanan semasa rehat, kepantasan tindakbalas dan kuasa pengecutan komponen otot lantai pelvic. Kajian menunjukkan 80% pesakit yang mengikuti program fisioterapi yang dipandu pakar fisioterapi akan mendapat kelegaan daripada masalah inkontinens dalam masa tiga bulan.
Memulakan rawatan
Penilaian fisiterapi yang lengkap perlu dilakukan kepada pesakit sebelum program rawatan dimulakan. Ini boleh diperolehi melalui pengambilan maklumat dan latarbelakang yang tepat, ujian pad dan penilaian kekuatan otot lantai pelvic dengan ujian digital stimulasi eletrik oleh arus terapeutik seperti IFT – interential currents dan stimulator otot untuk memperkuatkan otot. Arus elektrik gred rendah dikenakan kepada pesakit dengan menggunakan tampon berbentuk faraj atau elektrod dubur. Rawatan diberikan setiap hari selama 20 minit, dengan kadar denyutan nadi pada kekerapan 1 ms 20 Hz kekuatan 35 ma.
Untuk kes-kes kronik, stimulasi diberikan
setiap hari selama 3 bulan. Biofeedback ialah alat berkomputer yang digunakan untuk membantu pesakit mengesan pengecutan otot lantai pelvik. Mereka mesti mendapatkan rawatan di klinik fisiterapi setiap hari.
Senaman otot lantai pelvic juga dikenali sebagai Kegel’s exercises. Ia sangat penting
dan seharusnya diamalkan oleh semua
pesakit inkontinens. Perkara terpenting senaman ini ialah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua seperti sewaktu berdiri, berbaring, menonton TV, memasak dan sebagainya. Disertakan beberapa cara untuk melakukannya:
- Mengetatkan otot pelvik seakan menahan kentut
- Mengetatkan otot pelvik seakan menahan buang air besar
- Menahan dari buang air besar atau kencing
- Berhenti beberapa kali sewaktu kencing
- Berhenti semasa pertengahan kencing
Oleh itu, untuk mendapatkan “KEHIDUPAN TANPA KEBOCORAN” dan menjadikan kehidupan anda lebih ceria dan mudah, anda sepatutnya mengamalkan senaman lantai pelvik.