- BAHASA MALAYSIA -
Bersedia Untuk Menopos!

Oleh Puan Jagjeet Singh (Puan J)

Untuk keluaran Berita Menopos kali ini, saya berpeluang menemuramah Joyce, ibu kepada dua gadis remaja yang kini bersiap sedia menghadapi menopos.

 


Joyce mula mengetahui tentang menopos pada usia awal 30an apabila ibunya (kini berumur 80an dan gemar berbasikal), seseorang yang periang, tiba-tiba berubah kepada seorang yang murung dan suka menyendiri. “Apabila teman-teman mula melalui pengalaman yang sama, saya memahami yang ia disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh semasa menghampiri menopos,” ujur wanita bertubuh tinggi lampai pada usia lewat 40an ini.

 

Joyce yang sememangnya jelas tentang masalah menopos mengetahui ubat terkini dan kaedah rawatan berkaitan menopos. “Wanita hari ini cukup bertuah – berbincang tentang menopos, terdapat pelbagai rencana dalam internet dan akhbar menyentuh topik yang dulu dirahsiakan. Kami juga sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini. Bahan penulisan tentang menopos amat sukar untuk diperolehi pada 2 generasi terdahulu dan kaum wanita langsung tidak mengetahui apa yang berlaku pada diri mereka. Tiada siapa yang mahu berbincang tentangnya!”

 

Beliau menceritakan, “Pada mulanya, saya merasa gerun apabila teman saya yang berusia 50an mengadu mereka mengalami pendarahan teruk dan perbagai lagi masalah yang disebabkan perubahan hormon. Saya mula bertekad untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang fasa menyulitkan dalam kehidupan seseorang wanita supaya saya dapat bersedia untuk menghadapinya…tak lama lagi.”

 

Joyce kini mempersiapkan dirinya dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil suplemen kerana beliau percaya pemakanan yang sihat serta mengamalkan cara pemakanan yang sihat akan menyediakan diri beliau untuk menghadapi cabaran pada tahun-tahun mendatang. Beliau berharap senaman yang kerap dilakukan seperti berjalan pantas pada waktu pagi dan juga berenang akan membantu menurunkan perubahan hormon seperti panas rimas, peluh malam, mood tidak menentu, kemurungan, keletihan, kekurangan tenaga dan lain-lain lagi.

 

Saya bersedia untuk menjalani HRT jika doktor mengesyorkannya. Saya faham yang saya mesti kerap menjalani pemeriksaan perubatan. Kini terdapat banyak kaedah perubatan yang berkesan dan baik di pasaran dan saya yakin mesti ada yang sesuai untuk saya.

 

Beliau juga berkongsi beberapa pengalaman buruk yang telah berlaku kepada teman-teman beliau, yang boleh dielakkan jika mereka lebih mengetahui tentang HRT dan kaedah rawatan menopos yang lain.

 

“Saya sememangnya berminat dalam isu perubatan sejak usia 20an kagi. Duapuluh tahun dahulu apabila beberapa orang rakan keluarga saya yang telah mencapai usia 50an menghadapi masalah pendarahan teruk, doktor biasanya mengesyorkan Dilation & Curettage (D&C) (Prosedur pembedahan untuk mengeluarkan kandungan uterin). Saya percaya bukan saja orang ramai yang kurang pengetahuan tetapi doktor juga tidak pasti tentang lain-lain rawatan seperti terapi penggantian hormon (HRT).

 

Sesetengahnya mengatakan anda akan mendapat kanser payu dara dan tidak menggalakkan anda dari mengambil HRT dan kaedah rawatan yang lain kerana mereka anggap ia tidak selamat. Tetapi kini saya tahu yang HRT adalah selamat dan ia akan memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada anda jika diuruskan dengan sempurna.

 

Joyce percaya usia bukan penghalang seseorang untuk kelihatan dan merasa sihat. “Ramai teman-teman saya yang tidak menjalani HRT mengalami kedutan dan kelihatan lebih tua dari yang mengamalkan HRT. Ini adalah kumpulan yang mempercayai mitos tanpa meneliti kebenarannya dan sentiasa hidup dalam ketakutan.

 

“Saya tidak mahu mengikut jejak langkah mereka. Saya mahukan maklumat terkini dalam mempersiapkan diri untuk kehidupan yang lebih berkualiti setelah menopos. Saya akan menjalani ujian perubatan yang perlu dan akan mematuhi semua prosedurnya dengan penuh disiplin. Kakak-kakak saya menjadi contoh terbaik untuk diri saya. Saya juga percaya suami mesti mendapat maklumat yang secukupnya tentang menopos kerana jika tidak mereka tidak akan mengetahui yang isteri mereka sedang menderita dalam senyap,” beliau menyimpulkan.




 
 
 
Copyright @ 2006 - 2009 Malaysian Menopause Society