Adakah andropos benar, atau Cuma krisis pertengahan umur yang
berlaku apabila seseorang lelaki mencapai satu peringkat perubahan
dalam kehidupan mereka? Berita Menopos menemuramah Profesor
Madya Dr. Shaiful Bahari, Timbalan Dekan di University Sains Malaysia
untuk mendapatkan kepastian.
|
Apa itu andropos?
Sebenarnya andropos bukan istilah yang tepat. Ia direka untuk dipadankan dengan istilah
“menopos” bagi wanita. Hakikatnya “aktiviti” kaum lelaki akan berterusan, bermaksud
mereka tidak akan hilang keupayaan untuk
mendapatkan zuriat.
Lelaki secara fisiologinya adalah bebeza
dari wanita. Bagi wanita, menopos bermaksud
berakhirnya zaman kesuburan mereka. Apabila folikel ovari berhenti menghasilkan
oestrogen. ia akan diperolehi dari sumber
yang lain contohnya lemak. Bagi lelaki, proses kesuburan dalam kehidupan mereka tidak
akan terhenti tetapi disebabkan beberapa
masalah seperti keturunan, penyakit dan
ubat-ubatan, paras testosterone mereka akan
menurun samada timbul simptom atau tidak.
Kekurangan androgen adalah istilah yang
lebih sesuai. Testosteron biasanya berkurangan
secara beransur-ansur selepas dekad ke 3
kehidupan seseorang lelaki.
Adakah andropos perkara biasa?
Kekurangan androgen pada lelaki yang telah
berumur adalah perkara yang biasa. Pada
amnya ia menjejaskan 1 dalam 200 lelaki di
bawah usia 60 tahun. Di Malaysia, peratusan
ini diramal akan semakin meningkat memandangkan kepesatan pembangunan
negara dengan lebih ramai penduduk berusia
lebih dari 60 tahun. Masih belum ada statistik
tentang masalah kekurangan androgen di
Malaysia.
Apakah simptom-simptomnya?
Simptomnya mungkin tidak menonjol dan
gagal didignosis melainkan ia dipantau dengan
teliti. Pesakit mungkin mengadu mengalami
simptom yang jelas dan tidak jelas seperti:
- Perubahan mood
(kemurungan, kejengkelan)
- Kurang tumpuan, kurang tenaga
(keletihan)
- Panas rimas dan berpeluh
- Kurang bernafsu
- Pertumbuhan janggut dan bulu pada
badan berkurangan
- Jumlah air mani berkurangan
- Gynaecomastia (muncul buah dada)
- Kekuatan otot berkurangan
- Mudah patah tulang (osteoporosis)
- Lemah syahwat dan lain-lain
Bilakah simptom akan mula menonjol?
Pada lazimnya, ramai kaum adam akan mula
merasai simptom-simptom apabila usia menjangkau 40 tahun. Masalahnya ialah ini
juga masa apabila kebanyakan lelaki sedang
mengalami fasa perubahan, samada dalam
kehidupan peribadi ataupun dalam kerjaya
mereka. Ramai yang mula menyoal samada
jalan hidup yang diambil adalah pilihan tepat dan adakah mereka patut teruskan kehidupan
seperti biasa atau melakukan perubahan.
Tatkala masa yang genting ini apabila
mereka paling memerlukan tenaga dan fokus
untuk menangani kehidupan mereka yang
akan datang, tubuh mereka mula membuat hal. Keletihan, kemurungan, mudah lupa dan
bersifat tidak teratur akan mendatangkan
kesan negative yang mendalam jika ia
berlaku pada masa yang penting dalam
kehidupan seseorang lelaki.
Bagaimana diagnosis dilakukan?
Doktor akan melakukan diagnosis
berdasarkan symptom-simptom yang
menunjukkan pengurangan paras
testosteron pada waktu pagi. Kemajuan
perubatan telah membolehkan ujian
perubatan seperti ujian Bio-T, ujian Total
testosteron, ujian Free testosteron dan
index free androgen untuk mengesahkan
pengurangan paras testosterone. Kosnya
antara RM300 ke RM500.
Kenapa rawatan kekurangan androgen penting?
Jangka hayat lelaki dalam abad ke 21 adalah
sekitar 70 tahun. Sekiranya seseorang lelaki
mula mengalami masalah kekurangan
androgen pada umur 40 tahun, beliau
akan menderita selama 30 tahun yang
akan datang. Ia akan menjejaskan segenap
aspek kehidupannya termasuk keyakinan
diri, keluarga, tahap produktiviti dan juga
kehidupan bersosial serta kerjaya. Kajian
terkini menunjukkan paras testosteron yang
rendah juga berkaitan dengan peningkatan
risiko serangan penyakit jantung dengan
peratusan kematian dan lumpuh yang
tinggi.
Rawatan yang diberikan semestinya
bersifat peribadi. Ia amat penting kerana
ia dapat memperbaiki keseluruhan kualiti
hidup termasuk kesejahteraan seksual.
Dimana untuk mendapatkan rawatan?
Sebelum memulakan perubatan, pesakit perlu mengetahui yang pendekatan
menyeluruh yang melibatkan pengurangan
berat badan, senaman dan diet yang sihat dapat memulihkan bukan sahaja paras
testosteron tetapi juga kesejahteraan diri
keseluruhannya.
Namun begitu, ia akan mengambil
sedikit masa untuk menunjukkan kesannya
dan kebanyakan lelaki inginkan perubahan
yang cepat terutamanya apabila simptomnya
amat menyusahkan. Kaedah rawatan termasuk pengambilan
ubat seperti andriol testocap (setiap hari)
dan suntikan testosterone enanthate (4
kali setahun). Kos perubatan bergantung
kepada tempat rawatan dan jenis ubat yang
diberikan, samada untuk kesan jangka masa
panjang atau pendek. Jenis perubatan secara
pemakanan mesti diambil bersama makanan
untuk memastikan keberkesanan.
Adakah ubat-ubat ini akan
menyebabkan meningkatnya keganasan, menambahkan berat badan atau kanser?
Sesetengah jenama terapi penggantian
testosteron (TRT) yang dikenali dipasaran telah digunakan di seluruh dunia selama hampir 20
tahun dan terbukti selamat. Keganasan dan
peningkatan berat badan berlaku disebabkan penyalahgunaan steroid anabolik, tiada kaitan
dengan TRT.
TRT mengembalikan paras testosteron
kepada tahap normal supaya pesakit dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan
mengelakkan penyakit kritikal seperti diabetis, penyakit jantung dan osteoporosis. Dalam
jangka masa panjang ia terbukti menjimatkan
kerana ia meningkatkan produktiviti dan paras
tenaga serta mengurangkan kos perubatan
seperti ubat-ubatan untuk penyakit yang
berkaitan.
Adakan ia sesuai untuk saya?
Anda mesti menjalani pemeriksaan dengan
doktor. TRT tidak sesuai untuk lelaki yang
mengalami masalah kesihatan yang tertentu
seperti pembesaran prostat, kanser prostat, baru mengalami masalah jantung, strok, paras hemoglobin tinggi, saluran kencing
tersumbat, kegagalan fungsi hati dan kanser
payu dara.
Adakah berkongsi masalah kekurangan
androgen membantu?
Sudah tentu. Berkongsi masalah akan menyedarkan lelaki yang mereka tidak menghadapai masalah ini seorang diri.