- BAHASA MALAYSIA -
AKTIVITI AKAN DATANG


Menjelajah Bukit Fraser 
Tarikh : 1 Januari 2010
Masa : 10 pagi to 5 petang
Bayaran : Percuma (Ahli MMS), RM30 (Bukan ahli)

Mulakan tahun baru dengan sihat! Acara satu hari ini melibatkan berjalan kaki menaiki bukit, perjalanan yang sesuai untuk semua tidak kira tahap kecergasan. Makan tengahari termasuk. Tempat perjumpaan ialah di Clock Tower, Bukit Fraser, pada 10 pagi pada 1 Januari untuk menjelajah bersama.

Haluan: Jika anda datang dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di pintu Rawang. Dari Rawang, ambil jalan kampung ke arah utara selama 2 km. Setelah melalui Bandar Batang Kali, ikut petunjuk jalanraya dan pusing ke kanan ke arah Kuala Kubu Baru (Jangan terlepas jalan) Dari Kuala Kubu Baru, ikut hala timur ke Gap yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di Gap, terdapat papan tanda untuk jalan sehala sepanjang 9 km.

Jadual jalan untuk naik bukit:
7am - 7.40am (masa ganjil)
9am - 9.40am
 
Jadual jalan untuk turun bukit:
6am - 6.40am (masa genap)
Paling lewat 6pm - 6.40pm

Apa untuk dibawa:

  • Pakaian dan kasut yang selesa.
  • Payung atau baju hujan atau jaket nipis (jika perlu)
  • Air minuman, makanan ringan — dan buah-buahan!

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Ivy di 016-996 1228.

  
Pedas Springs Spa Special
di Genting Highlands
Tarikh : 23 April 2010 (Jumaat)
Masa : 11 pagi to 3 petang
Bayaran : PERCUMA (Ahli MMS), RM 50 (Bukan ahli)
Relax dan kembalikan semangat di atas gunung bersama kami! Tempat berjumpa adalah di Pedas Spring Spa di First World Plaza pada 10 pagi. Urut percuma untuk 50 orang yang pertama tiba, dengan sesi lain seperti rawatan kecantikan muka, tangan dan kaki pada potongan harga hebat. Makan tengahari dan cabutan bertuah untuk semua peserta. Sila hubungi Ivy di 016-996 1228 untuk berdaftar.
 



 
 
 
Copyright @ 2006 - 2009 Malaysian Menopause Society